MATLAMAT PENGURUSAN SEKOLAH



Visi Sekolah

Menjadikan sekolah unggul dari segi Disiplin bagi mencapai Kecemerlangan Akademik , Ko-Kurikulum dan Ketrampilan Diri Pelajar.

Agenda Sekolah

Kami warga sekolah dengan sesungguhnya bercita-cita untuk mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Harapan Negeri dan Negara dalam tempoh 2004 - 2005.Sehubungan dengan itu , kami berjanji dan berikrar akan bekerja kuat dan bersungguh-sungguh bagi memastikan agenda sekolah menjadi kenyataan.

Piagam Pelangan Sekolah

Anak Didik

  • Memberi perkhidmatan pendidikan yang bermutu tinggi tanpa mengira agama , taraf ekonomi dan taraf kecerdasan.
  • Berusaha sedaya mungkin untuk menyedarkan dan memotivasikan mereka ke arah kecemerlangan akademik dan akhlak.
  • Penekanan pentingnya disiplin kendiri, ilmu dan bercita-cita tinggi untuk mencapai wawasan.
  • Menanam sikap yakin diri , sabar , tabah , positif dan mengamalkan slogan ' Saya Boleh ' dalam semua bidang.
  • Mendisiplinkan diri melalui asuhan berteraskan ajaran Islam dan nilai-nilai ketimuran.
  • Mengembangkan daya fikiran kreatif , inovatif , pro aktif dan persediaan maksimum untuk peperiksaan PMR dan SPM.

Ibu Bapa Dan Masyarakat

  • Mengamalkan dasar terbuka , akauntabiliti dan permuafakatan dalam menangani sebarang masalah.
  • Menyedarkan mereka bahawa kemajuan pendidikan anak-anak adalah tanggungjawab bersama yang memerlukan pengorbanan masa , tenaga dan kewangan.
  • Mengutamakan perkhidmatan kaunter yang mesra dan cekap.

Kementerian/Jabatan Pelajaran

  • Sentiasa peka dan bertindak cepat dalam sebarang arahan kementerian/jabatan.
  • Menyegerakan urusan laporan dan surat-menyurat kementerian/jabatan dalam trempoh masa yang ditetapkan.
  • Menjaga imej kementerian/jabatan dengan mengutamakan permuafakatan dalam menangani masalah.
  • Mengawasi dan menjimatkan kos , sumber , perbelanjaan dan peralatan kerajaan.
  • Mewujudkan dan mengembangkan 'Anjakan Paradigma', kementerian/jabatan di kalangan kakitangan dan anak didik sekolah.