PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

Pengurusan Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka.Atas dasar inilah , matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada kebajikan,keselamatan dan akhlak serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada bangsa,agama dan negara.

Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang dianjurkan oleh Bahagian HEM untuk mempastikan matlamat sekolah tercapai.Kerjasama yang erat antara semua guru dan pelajar mampu merealisasikan wawasan sekolah ini.

Unit Disiplin Sekolah

  • Mempastikan semua pelajar mematuhi dan menghormati peraturan sekolah sepanjang masa.
  • Menguatkuasakan peraturan sekolah yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
  • Merancang program-program yang dapat meningkatkan tahap disiplin pelajar.
  • Mempastkan peraturan sekolah mengikut peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.
  • Meminda/Menambah/Mengubahsuai peraturan mengikut iklim semasa sekolah.
  • Mengurus dan mentadbir Majlis Perwakilan Pelajar /Pengawas Sekolah.

Unit Bimbingan Dan Kaunseling

  • Menyediakan perkhidmatan bantuan kepada pelajar bermasalah dengan memberi cadangan atau garis panduan yang sesuai dengan masalah pelajar.
  • Melapor dan memaklumkan kepada pentadbir sekolah tentang apa jua dapatan atau hasil daripada tugasannya.
  • Merancang aktiviti-aktiviti yang berupaya membantu meningkatkan motivasi pelajar.
  • Membimbing dan memberi nasihat kepada pelajar bermasalah.
  • Menyediakan perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok.
  • Panduan kerjaya kepada pelajar.
  • Menyimpan rekod dan maklumat pelajar.

Unit Keceriaan Dan Kebersihan

  • Merancang dan melaksanakan program - program keceriaan dan kebersihan sekolah.
  • Menyediakan garis panduan keceriaan dan kebersihan sekolah untuk dijadikan garis panduan semua pelajar.
  • Merancang program yang boleh meningkatkan kualiti keceriaan dan kebersihan.

Unit Skim Pinjaman Buku Teks

  • Menyediakan kemudahan pinjaman buku teks sekolah.
  • Menyimpan dan merekod inventori buku teks sekolah.

Unit Penyelenggaraan Dan Inventori

  • Merekod segala kelengkapan seperti kerusi dan meja pelajar.
  • Menyediakan proses pembaikan dan pelupusan kelengkapan yang rosak.
  • Memberi perkhidmatan yang dapat memudahkan keperluan pelajar.
  • Menyediakan garis panduan pergerakan kelengkapan.

Unit Kebajikan Dan Insurans

  • Menjalankan aktiviti yang boleh memberi bantuan kepada pelajar yang menghadapi masalah seperti masalah kewangan.
  • Mengurus sebarang proses tuntutan insurans yang ditawarkan kepada pelajar.

Unit Keselamatan Dan Kesihatan

  • Menetapkan prosidur dan panduan keselamatan untuk pelajar.
  • Melaksanakan program peningkatan kesedaran keselamatan kepada semua pelajar.
  • Merancang program-program peningkatan kesedaran keselamatan.
  • Program Kesihatan seperti Imunisasi dan Pemeriksaaan Gigi oleh Jabatan Kesihatan.
  • Menentukan tahap kebersihan kawasan sekolah daripada punca-punca yang boleh membawa penyakit.

Unit Pangkalan Data

  • Menyimpan rekod dan data pelajar.
  • Menyediakan data dan maklumat statistik sekolah.
  • Mengemaskinikan data sekolah.

Unit Kantin

  • Menetapkan garis panduan pengurusan kantin sekolah.
  • Mempastikan penyediaan makanan kantin sekolah adalah dalam keadaan terbaik.
  • Bekerjasama sepanjang masa dengan pihak pengurusan kantin sekolah.
  • Mempastikan pihak pengusaha kantin mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Unit Koperasi

  • Menyediakan perkhidmatan jualan barangan keperluan pelajar di sekolah.
  • Mempastikan keperluan barangan dan kelengkapan pelajar sentiasa dalam edaran.

Unit Penyelaras

  • Menyelaras rekod pelajar.
  • Menyimpan rekod daftar pelajar.
  • Menyimpan rekod dan statistik pelajar sentiasa up to date.