LATAR BELAKANG

 
 
 

SMK Taman Fajar WDT.No 83 90500 Sandakan Sabah.Boleh dihubungi di talian 089-668122 dan email di smkfajar@tm.net.my .Kami merupakan sebuah sekolah gred B dan dikategorikan sebagai sekolah bandar.Kedudukan kami yang strategik iaitu berhampiran dengan pusat pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan serta berhampiran dengan Lapangan Terbang Sandakan.

Kami terletak di kawasan perumahan yang terdiri daripada Taman Fajar , Taman Rimba ,Taman Sri Rimba dan Taman Mega.Terdapat beberapa taman perumahan lain seperti Taman Fajar Perdana ,Taman Sejati ,Taman Merpati dan Rajawali.Pendek kata , kepadatan penduduk di sekitarnya , menjadikan sekolah ini salah satu sekolah pilihan bagi penduduk menghantar anak mereka ke sekolah.

Kawasan di mana lakasi kami berada adalah kawasan pesat membangun dengan pelbagai bangunan seperti kompleks perumahan Kastam dan Kesihatan berhampiran.Terdapat beberapa buah sekolah menengah dan rendah wujud di sekitar kami antara lain ialah SMK Perempuan , SMK Merpati , SK Taman Rimba dan SK Merpati.Kawasan kami memang sudah pastinya sibuk setiap masa. Kebanyakan masa , sekolah ini sunyi dan tentaram keadaannya menjadikan ianya sebuah sekolah yang kondusif bagi warganya.Keselamatan adalah terkawal kerana pada setiap ketika pihak pentadbir sekolah amat sensitif tentang perkara ini dan merupakan agenda utama setiap kali perjumpaan.