PENTADBIRAN UTAMA SEKOLAH

En.Mohamad Tan Bin Bacho
Pengetua

 

En.Zaini Haji Sahadan En.Raduan Haji Abd Rahman En.Hasim Jumahaji En.Robert Su Kim Ek
Pen.Kanan Kurikulum Pen.Kanan HEM Pen.Kanan Ko-Kurikulum Penyelia Petang

Pengurusan sekolah melibatkan pengurusan akademik , hal ehwal murid dan ko kurikulum.Semua ini dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada pengetua sekolah.Walau bagaaimanapun , untuk keberkesanan urus tadbir sekolah , pengetua dibantu oleh beberapa pembantu kanan bagi menyelia dan menguruskan perkara berkenaan.hal ehwal kakitangan , pentadbiran sekolah yang lain menjadi tanggungjawab pengetua seperti menyediakan kelengkapan , pengurusan kewangan dan perkhidmatan kakitangan , keperluan-keperluan sekolah dan sebagainya.

Penolong Kanan Kurikulum

Bertanggungjawab kepada pengurusan kurikulum yang merupakan agenda penting sekolah.Beliau perlu merancang apa jua aktiviti yang berkaitan dengan akademik yang sudah pasti melibatkan aktiviti di dalam dan luar bilik darjah.Semua guru adalah tertakluk dalam bidang kuasanya khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Antara program tahunan yang kerap menjadi agenda utama kurikulum antara lain ialah :

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Bertanggungjawab merancang,mengurus dan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program untuk meningkatkan kualiti,kebajikan dan disiplin pelajar.Ia juga berperanan untuk menetapkan garis panduan pengurusan murid berpandukan peraturan-peraturan pelajaran yang telah ditetapkan agar sebarang perancangan berada pada landasan yang betul.Antara tanggungjawab :

Penolong Kanan Ko Kurikulum

Bertanggungjawab melaksanakan segala perancangan aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti ko kurikulum pelajar. Untuk tujuan ini, segala aktiviti ko kurikulum hendaklah dilaksanakan agar dapat memantapkan lagi peranan pelajar dalam membantu pencapaian mereka dalam bidang akademik dan disiplin di dalam sekolah.Aktiviti dibahagikan mengikut kategori :

Dalam melaksanakan perancangan ini , dia dibantu oleh satu jawatankuasa yang bertanggungjawab melaksanakan garis panduan dalam pelaksanaan aktiviti ko kurikulum.Antara program tahunan :

Penyelia Petang.

Bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengurusan sekolah khususnya berkaitan pelajar dan guru bagi sidang petang. Beliau juga bertanggungjawab sepenuhnya mengawal berkaitan dengan hal-hal akademik dan murid sidang petang.