PENGURUSAN KO KURIKULUM

Pengenalan

Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Diantara kegiatannya seperti permainan, pengakap, perkhemahan dan sebagainya. Kadangkala aktiviti kokurikulum juga dilaksanakan di dalam bilik darjah seperti syarahan, ceramah dan tunjukcara. Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum dilaksanakan samada melalui badan beruniform , Sukan dan Permainan atau Kelab Persatuan.

Dengan adanya pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan, ianya akan mampu meningkatkan kualiti individu pelajar sama ada melibatkan diri dengan ahli masyarakat , aktif dalam sukan riadah ataupun meningkatkan tahap disiplin diri seperti terlibat dengan aktiviti badan beruniform.Adalah diharapkan dengan penglibatan aktif seumpama ini , pihak sekolah akan berupaya melahirkan produk yang benar-benar berkualiti serta mampu memberi sumbangan kepada negara,masyarakat dan negara.

 Falsafah

Gerak kerja kokurikulum diasaskan atas kepercayaan bahawa :

1. Semua murid mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan.
2. Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan sebaya.
3. Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (intelek) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani.
4. Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid untuk keperluan masyarakat.
5. Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam mendidik  murid.

 Matlamat

  • Menyemai perasaan muhibbah perpaduan dan integrasi nasional di kalangan generasi  muda. Keahlian terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, kaum, masyarakat dan negeri. Interaksi berlaku sama ada secara langsung atau tidak langsung.Sehubungan dengan itu matlamat di atas tercapai.
  • Peningkatan disiplin pelajar.Ianya berlaku secara langsung atau tidak langsung. Contoh secara langsung ialah hampir semua pasukan berseragam mewajibkan kawat atau asas perbarisan dan mementingkan pelaksanaan di kalangan ahli. Manakala secara tidak langsung ianya dilaksanakan melalui pengawasan dan perlantikan ketua dan jawatankuasa yang menguatkuasakan peraturan terhadap ahli persatuan mereka.
  • Pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal.Pembelajaran dan pengajaran tidak semata-mata di dalam bilik darjah. Ia rsatuan, kelab, sukan dan permainan. Ia berlaku sama ada formal, informal atau pun nonformal
  • Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan   kemasyarakatan di kalangan pelajar.Ini dapat dilaksanakan dalam latihan berorganisasi dalam berpersatuan. Selain  daripada itu melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan juga dapat membantu untuk  berinteraksi dengan masyarakat.
  • Menyumbangkan usaha membina iklim, budaya dan tempat yang menarik dan   menyeronokkan. Sekolah bukan sahaja untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik malahan juga  untuk mencungkil bakat yang semulajadi ada dalam diri pelajar.
    Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan dapat mencapai hasrat ini.
  • Perimbangan antara perkembangan intelek (akademik) dengan perkembangan jasmani,  rohani dan emosi. Perkembangan intelek, jasmani, rohani dan emosi seseorang perlulah seimbang dan  seiring. Sekiranya ketidakseimbangan berlaku, ia akan memudaratkan diri sendiri. Tegasnya melalui pelbagai aktiviti kokurikulum yang disediakan, diharapkan dapat  melepaskan ketegangan perasaan, emosi dan kepenatan fisiologi yang dihadapi  semasa belajar dan bekerja.
  •  Pengisian masa lapang dengan berfaedah. Melalui aktiviti kokurikulum, budaya lepak dapat dikurangkan. Masa lapang para pelajar dapat diisikan dengan perkara yang berfaedah seterusnya memberikan kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri.
  • Menyemai nilai-nilai pendidikan dalam gerak kerja kokurikulum.