PENGURUSAN PANITIA

Tunjang utama pengurusan kurikulum ialah keberkesanan panitia dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di bilik darjah.Cabaran semakin menuntut kecekapan yang tinggi setiap masa kerana sebaik sahaja berlaku perubahan dalam kurikulum , maka sedikit sebanyak ianya memberi kesan kepada pengurusan kurikulum sekolah.

Di SMK Taman Fajar keadaan yang serupa berlaku.Untuk tujuan inilah Jawatankuasa Kurikulum sekolah sentiasa bersidang untuk merancang,melaksana,membuat post mortem dan perancangan lain demi meningkatkan keberkesanan pengurusan kurikulum sekolah.

Pihak pentadbir sentiasa peka dengan keadaan prestasi sekolah khususnya dalam peperiksaan awam,Dalaman ataupun ujian bulanan yang kerap diadakan demi untuk mengwujudkan benchmarking kepada prestasi sekolah .

Jawatan Kuasa Kurikulum Sekolah

Jawatankuasa ini akan bersidang biasanya diawal tahun untuk merancang dan merangka perancangan strategik untuk dilaksanakan sepanjang tahun dengan mengambil kira prestasi tahun-tahun terdahulu.

Jawatankuasa ini dianggotai oleh semua ketua panitia mata pelajaran yang dilantik khusus untuk membantu pelaksanaan kurikulum sekolah. Dalam sesuatu mesyuarat kurikulum yang diadakan , biasanya laporan akan diminta bagi tujuan mengenalpasti sebarang permasalaha yang wujud dan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi perkara berkenaan.

Perancangan Tahunan/Takwim Tahunan

Perancangan tahunan atau biasnya disebut Takwim Tahunan Kurikulum akan dibentang dan menjadi satu garis panduan sepanjang tahun oleh semua panitia mata pelajaran terbabit.Antara perancangan yang menjadi asas kepada Takwim Tahunan ini ialah :

  • Penyediaan Rancangan Tahunan setiap mata pelajaran.
  • Mengemaskini dan membuat perancangan mengikut Panitia.
  • Kursus-kursus Dalaman yang berkaitan dengan subjek.
  • Persediaan Minggu Akademik mengikut subjek sepanjang tahun yang biasanya dibuat secara bergilir setiap subjek.
  • Ujian dan Peperiksaan Dalaman.
  • Kelas-Kelas Tambahan.
  • Program Cemerlang,Gemilang dan Terbilang Kurikulum PMR dan SPM.
  • Kelas-Kelas GALUS dan KUANTUM PMR dan SPM.
  • Pelaporan Panitia
  • ETeMS /PPSMI
  • Program Penghargaan - Anugerah Bestari
  • Program Gerak Gempur PMR dan SPM.
  • Sembahyang Hajat
  • Jamuan Khas untuk Pelajar.
  • PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS ( Sumber Pusat Perkembangan Kurikulum)
  • Pendahuluan:
  • Aspirasi untuk menjadi negara perindustrian bergantung besar kepada bidang sains dan teknologi. Kejayaan dalam menyediakan pendidikan sains dan matematik pada peringkat awal akan menjaminkan sebuah masyarakat berpengetahuan yang mampu bersaing di arena antarabangsa. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jun 2002 telah membuat keputusan di mana pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa Inggeris. Pelaksanaan akan dimulakan pada tahun 2003 untuk Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam.
  • Rasional:
  • Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan bahasa hubungan antarabangsa maka pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003 adalah tepat pada waktunya. Langkah ini akan membolehkan pelajar memperolehi maklumat mengenai perkembangan terkini dalam bidang sains dan matematik di samping meningkatkan kebolehan mengakses maklumat dari pelbagai sumber. Pada masa yang sama ini memberi peluang kepada guru dan pelajar peluang menggunakan bahasa Inggeris dan meningkatkan profisiensi berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Pengunaan alat bantu mengajar ICT juga akan membantu menjadikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik lebih menarik dan berkesan.
  • Pelaksanaan:
  • 1.Penyebaran Maklumat
    Maklumat mengenai pelaksanaan disebar luas melalui Program Road-Show kepada:
  • Pengetua / Guru Besar
  • Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri
  • Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah
  • Ibu bapa
  • Masyarakat Umum
  • 2. Kesediaan Guru
    Semua guru yang mengajar Sains dan Matematik telah menjalani latihan dalam tiga peringkat:
  • Kursus orientasi kurikulum sains dan matematik bagi sekolah rendah dan menengah
  • Latihan profisiensi bahasa Inggeris melalui Kursus 2 days on-site dan 5 days Full immersion.
  • Latihan ICT untuk pengoperasian perkakasan notebook dan LCD.
  • Seramai 27, 543 guru telah menerima latihan dan ini termasuk 2,585 dari sekolah jenis kebangsaan Cina dan 927 dari sekolah jenis kebangsaan Tamil.
  • 3. Sekolah
  • Set generator akan dibekalkan kepada sekolah yang tidak ada bekalan elektrik.
  • Peruntukan 'one-off' sebanyak RM 5,000 - RM15,000.00 diberikan kepada sekolah untuk membeli peralatan tambahan.
  • Semua sekolah yang dilengkapkan dengan projector LCD, skrin, speaker dan subwoofer, notebook dan troli.
  • 4. Bahan Sokongan
  • Teaching courseware dalam bahasa Inggeris.
  • Skrip pengajaran dalam bahasa Inggeris.
  • Pakej buku teks tambahan yang mengandungi buku teks jilid 1 dan 2, buku aktiviti murid, buku panduan guru, CD-Rom guru dan murid.
  • Soalan Lazim /Frequently Ask Question(FAQ)
  • Mengapa kerajaan melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris?
  • Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris kerana:
    • Sains dan matematik adalah bidang ilmu yang sangat dinamik dan penyumbang kepada pembangunan negara.
    • Sebahagian besar maklumat terkini mengenai bidang ini terdapat dalam bahasa Inggeris.
    • Pendedahan awal kepada bahasa Inggeris memberi peluang mengakses maklumat.
  • Bilakah Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Ingeeris?
  • Mulai tahun 2003
  • Bagaimanakah cara pelaksanaannya?
  • Cara pelaksanaan ialah seperti yang berikut :
    • Pada tahun 2003, pengajaran secara dalam bahasa Inggeris akan dilaksanakan di:
      • Tahun 1 di semua sekolah rendah (SK, SRJKT, SRJKC) dan sekolah pendidikan khas (SPK)
      • Tingkatan 1 di semua sekolah menengah kebangsaan (SMK)
      • Tingkatan 6 Rendah di semua sekolah menengah kebangsaan (SMK)
      • Pada tahun 2004, pengajaran secara sepenuhnya dalam bahasa Inggeris akan dilaksanakan di Program Matrikulasi
      • Pada tahun 2008, pengajaran secara sepenuhnya dalam bahasa Inggeris akan dilaksanakan di Politeknik.
      • Pada tahun 2003 juga pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris secara separa dilaksanakan di Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 6 Atas, Program Matrikulasi dan Politeknik.
  • Apakah maksud pengajaran secara separa?
  • Guru memilih tajuk-tajuk tertentu untuk diajar dalam bahasa Inggeris bergantung kepada kemampuan guru dan murid.
  • Apakah bahan yang akan disediakan untuk guru dan murid?
  • Untuk guru :
    • Sukatan Pelajaran (SP) yang telah diubahsuai.
    • Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang memperincikan kurikulum.
  • Untuk murid :
    • Buku teks
    • Bahan-bahan multimedia
    • Lembaran aktiviti murid
  • Apakah sokongan lain yang disediakan?
  • Untuk mempermudahkan penyampaian pelajaran, bahan-bahan yang berikut juga disediakan untuk guru :
    • Kemudahan teknologi maklumat iaitu komputer, perkakasan komputer dan perisian.
    • Perkakasan multimedia seperti projektor LCD dan skrin.
    • Rancangan TV pendidikan dalam bahasa Inggeris.
  • Bagaimana kerajaan membantu guru yang kurang yakin berbahasa Inggeris?
    • Guru akan diberi kursus intensif bahasa Inggeris sebelum pelaksanaan.
    • Seterusnya, guru boleh mengikuti modul atau latihan secara maya melalui Internet secara berterusan.
    • Guru dibekalkan dengan glosari dan skrip pelajaran untuk digunakan jika perlu.
  •   Bagaimana pula dengan peperiksaan?
    • Murid akan dibiasakan dengan soalan peperiksaan dalam dwibahasa ( bahasa Inggeris dan bahasa pengantar) mulai tahun 2003 hingga tahun 2007.
    • Dalam tempoh transisi ini, murid boleh memilih untuk menjawab dalam mana-mana bahasa ( bahasa Inggeris dan bahasa pengantar), sebahagian atau sepenuhnya.
    • Semua murid Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Menengah akan diberi soalan peperiksaan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya dan dikehendaki menjawab dalam bahasa Inggeris sepenuhnya mulai tahun seperti berikut:

      - UPSR - Tahun 2008
      - PMR - Tahun 2008
      - SPM - Tahun 2008
      - STPM dan Matrikulasi - Tahun 2008
    • Pengumuman penggunaan bahasa dalam peperiksaan UPSR 2008 untuk SJK Cina akan diumumkan pada satu masa yang belum ditetapkan.
  •   Mungkinkah kedudukan Bahasa Melayu berubah?
    • Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa penghantar utama dalam sistem persekolahan seperti yang termaktub di dalam Akta Pendidikan Kebangsaan (1996).
  •   Apakah tanggungjawab komuniti dalam hal ini?
    • Komuniti perlu memberi kerjasama dan penglibatan sepenuhnya kepada pihak sekolah.
    • Ibu bapa juga perlu memberi galakan dan keyakinan kepada anak-anak mereka.
  • Apakah yang diharapkan dengan pelaksanaan dasar ini?
  • Melahirkan golongan teknokrat yang boleh :
    • menyumbang kepada pembangunan negara.
    • berdaya saing di peringkat antarabangsa