Peta Kawasan Kami...Lokasi Kami Berada |
Lokasi kami amat strategik sekali.Kedudukan kami terletak di tengah-tengah kawasan perumahan ( Gerakkan tetikus ke arah anak panah untuk lihat gambar sekolah kami dari pintu masuk utama )dan berhampiran dengan pusat pentadbiran.Kami boleh dihubungi dengan jalanraya yang juga jalan yang sama menuju ke Lapangan Terbang Sandakan dalam masa kurang 5 minit dengan kenderaan.Terdapat beberapa kemudahan lain seperti Masjid dan Klinik Kesihatan serta terdapat perumahan Kastam dan Kesihatan berhampiran dengan sekolah. Terdapat dua perumahan yang amat hampir ( Sebelah pagar sahaja) iaitu Taman Rimba dan Taman Fajar. Berdasarkan kepada peta , kedudukan kami amat hampir dengan kawasan perniagaan seperti Bandar Labuk Jaya ( Dalam Pembangunan) , Fajaria dan Bandar Sibuga Jaya.Ini memudahkan urusan penduduk sekitarnya .Kawasan ini merupakan satu kawasan yang banyak kawasan penempatan yang padat dan sesuailah mengapa terdapat beberapai sekolah menengah dan rendah bagi menampung keperluan pendidikan penduduk sekitarnya. Dengan kemajuan pesat di kawasan ini, kemudahan perhubungan jalanraya juga telah dipertingkatkan lagi dengan siapnya beberapa jalanraya yang meliputi keseluruhan Daerah Sandakan bermula sekitar Batu 7 ( Kilometer 11 Jalan Labuk )sehinggalah ke kawasan Batu Sapi.Kemudahan seumpama ini menjadikan Sandakan satu kawasan yang mudah dilawati bagi tujuan pelancongan.Datanglah sendiri. |