SEJARAH KAMI

Once upon a time ...
Kami mula dibuka untuk operasi pada Disember tahun 1992 dengan memiliki dua bangunan utama.Pada ketika itu , hanya terdapat pelajar Tingkatan satu ( 4 Kelas ), Tingkatan dua ( 1 Kelas ) dan Tingkatan 4 ( 1 Kelas ) sahaja.Ini bermakna PMR dan SPM kami bermula pada tahun 1993.Pada peringkat awalnya ,sekolah ini diberi nama SMK Sandakan II tetapi kemudiannya diubah kepada SMK Taman Fajar.

Jalan menuju ke sekolah ini pada waktu itu amat menyedihkan.Kami hanya boleh dihubungi melalui satu jalan kecil melalui sebuah hutan di tengah-tengah kesibukan pembangunan ketika itu.Kenderaan yang melalui kawasan ini sudah pasti akan mengalami masalah kerana jalan yang tidak sempurna bentuknya.Tapi itu dulu , kini keadaan kami telah berubah dengan jalan perhubungan yang baik dan cantik.

Kawasan sekolah amat serba kekurangan pada waktu itu dengan segala urusan sekolah dilakukan oleh guru dari hal-hal pengurusan pengajaran hinggalah hal-hal berkaitan kerja-kerja pembersihan dan perkebunan sekolah.Sebelum pengetua pertama menerajui sekolah ini , Encik Busu seorang Penyelia Pendidikan Daerah pada waktu itu diberi tanggungjawab sebagai pengurus sementara sekolah.Pada ketika itu hanya terdapat tiga orang kakitangan sahaja.Kemudian En.Makhatar Che Haron datang dan menjawat jawatan sebagai Pengetua pertama sekolah ini.Kemudian kedatangan seramai 6 orang guru sebagai tenaga pengajarnya waktu itu..Para guru terdiri daripada semenanjung dan Sabah sendiri.Dengan keadaan serba kekurangan pada waktu itu, kerjasama erat yang terjalin sedikit sebanyak dapat membantu menjadikan sekolah ini berkembang maju.Kini pada tahun 2005 , bilangan gurunya telah menjadi 42 orang dengan kapasiti pelajar seramai 881 orang.

Setelah lebih kurang 13 tahun berlalu , pelbagai peristiwa pahit dan manis , terlalu banyak pertemuan dan perpisahan terjadi , namun SMK Taman Fajar tetap teguh berdiri sentiasa bersiap sedia menabur budi dan jasa.Pelajar serta guru , saling datang dan pergi meninggalkan pelbagai kenangan suka dukanya.Terlalu banyak yang dialaminya , namun namanya tetap terpahat menjadi ingatan sepanjang zaman.

Kepada warga SMK Taman Fajar dulu , kini dan yang akan datang , tiada yang paling manis melainkan melihat segala titik peluhnya mampu mencipta kejayaan anak bangsa di masa hadapan.